Wanita warga emas maut dilanggar Myvi ketika berjalan kaki

KUALA KANGSAR – Seorang wanita warga emas maut dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi ketika berjalan kaki di bahu jalan di Laluan Chandan Puteri, di sini, pada Sabtu malam.

Mangsa berusia 81 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, panggilan kejadian diterima pada jam 9.21 malam.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 9.30 malam.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang melanggar seorang wanita yang berjalan kaki di bahu jalan.

“Terdapat seorang mangsa berada di bawah kereta akibat dari kemalangan tersebut dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Ketua Operasi kemudiannya melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan khas (air lifting bag dan strecher) bagi mengeluarkan mangsa dari bawah kereta.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 10.04 malam,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI