FELCRA isytihar RM101 juta Keuntungan Boleh Agih Interim 1 2025

PASIR SALAK – FELCRA Berhad mengumumkan RM101 juta bagi Bayaran Keuntungan Boleh Agih Interim 1 2025 kepada 74,300 pesertanya di seluruh negara melibatkan 646 projek menguntungkan.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, pada Ahad di Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah, di sini.

Menurut Ahmad Zahid, FELCRA Berhad berjaya merekod prestasi cemerlang bagi Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) dari Januari sehingga April 2025, dengan keuntungan boleh agih berjumlah RM178 juta.

“Saya tahu ada yang ternanti-nantikan pengumuman Keuntungan Boleh Agih Interim 1 tahun 2025. Dengan ini saya mengumumkan bahawa bayaran Jumlah Keuntungan Boleh Agih Interim 1, Tahun 2025, Projek-projek peserta FELCRA Berhad Malaysia adalah berjumlah RM101 juta.

“Sudah tentu agihan keuntungan ini akan memberikan manfaat kepada 74,300 ribu peserta di seluruh negara melibatkan 646 buah projek yang untung yang akan dibayar kepada warga peserta secara berperingkat bermula hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada berucap pada Majlis Pengisytiharan Keuntungan Boleh Agih Interim 1/2025 Projek-Projek Peserta FELCRA Berhad di Perkarangan Benih Padi FELCRA Plantation Sdn. Bhd. Seberang Perak, Kampung Gajah, di sini, pada Ahad.

Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Idris Lasim.

Ahmad Zahid turut mengucapkan syabas kepada FELCRA Berhad di atas kejayaan mengekalkan prestasi yang baik iaitu kenaikan hampir RM2 juta berbanding prestasi bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Saya berharap agihan ini bukan sahaja menjadi suntikan kewangan, tetapi juga pembakar semangat kepada semua peserta untuk terus memajukan projek masing-masing.

“Jadikan keuntungan ini sebagai modal untuk meningkatkan produktiviti, mengguna pakai teknologi baharu, dan memperkukuh daya saing agar FELCRA terus menjadi tonggak pembangunan ekonomi luar bandar,” katanya.

Sementara itu, FELCRA Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan peningkatan keuntungan berkenaan didorong lonjakan 81 peratus keuntungan bersih projek kelapa sawit.

Katanya lagi ia turut dipacu oleh kenaikan harga purata minyak sawit mentah kepada RM4,423.83 per metrik tan selain kecekapan operasi yang mengurangkan kos 15 peratus dan meningkatkan hasil per hektar 49 peratus. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI