UMNO boleh rampas Pasir Salak jika Tajudin, Azwan Bro berdamai – Ahmad Zahid

PASIR SALAK – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan hasrat beliau untuk memenangi semula Parlimen Pasir Salak serta dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya iaitu Kampung Gajah dan Sungai Manik.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, bagi merealisasikan perkara berkenaan pihaknya akan memastikan perdamaian antara Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun.

Ahmad Zahid dalam ucapan beliau ketika mengumumkan peruntukkan bagi Parlimen Pasir Salak yang dipohon Khairul Azwan sempat bergurau ekoran tepukan yang diterima kurang mendapat sambutan.

“Kurang tepukan mungkin yang minta Azwan Bro (Khairul Azwan). Kalau Tajuddin mungkin lebih lagilah.

“Tapi tidak mengapa saya akan pastikan dua-dua ini berdamai untuk menentukan kemenangan semula di Parlimen dan kedua-dua kawasan DUN,” katanya.

Ahmad Zahid juga meminta kedua-dua individu berkenaan agar melupakan perkara yang lalu dan memandangkan ke hadapan dengan jalan baharu.

“Tengok muka saya ini, saya pun anak Perak juga, anak Seberang Perak. Tolonglah saya. InsyaAllah kita akan capai kemenangan ini jika kita mewujudkan kesepakatan,” katanya.

Media pada 2023 melaporkan Tajuddin menuntut permohonan maaf daripada Khairul Azwan berhubung dakwaan sabotaj pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menegaskan, kenyataan yang mengaitkan beliau dengan dakwaan tersebut disifatkan sebagai tuduhan melampau dan fitnah semata-mata.

Khairul Azwan dalam kenyataannya sebelum ini mahu MKT UMNO untuk tidak menerima rayuan penggantungan keahlian Tajuddin kerana mendakwa bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu masih berterusan memburukkan kepimpinan parti. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI