4 tan ikan asing diburu di Sungai Galah, Kampung Gajah

PASIR SALAK – Hampir 4 tan metrik ikan spesies invasif atau asing pelbagai spesies berjaya didaratkan dari Sungai Galah, Kampung Gajah, dekat sini, pada Ahad.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, pemburuan ikan asing itu melibatkan 14,521 ekor ikan jenis baung merah, patin chao phraya dan ikan bandaraya atau pleco.

Katanya, kesemua ikan itu berjaya didaratkan menerusi program Grand Prix Memburu Ikan Asing yang melibatkan seramai 53 peserta.

“Program ini merupakan kesinambungan daripada siri pertama di Ipoh pada 12 hingga 13 Julai lalu, sebelum diteruskan ke siri ketiga di Kuala Kangsar pada 20 hingga 21 September depan.

“Kejayaan ini merupakan sebahagian usaha berterusan Jabatan Perikanan dalam mengawal lambakan ikan asing yang mengancam biodiversiti perikanan asli di sungai-sungai negara,” katanya dalam satu kenyataan.

ikan asing Sungai Galah ikan invasif Perak, ikan asing ancam sungai, Grand Prix Memburu Ikan Asing, pemburuan ikan asing Pasir Salak, Jabatan Perikanan kawal ikan asing
Jabatan Perikanan melepaskan benih ikan asli spesies temoleh, kerai dan udang galah dengan nilai keseluruhan RM18,400 ke Sungai Galah, di Kampung Gajah. Foto Jabatan Perikanan.

Menurut beliau, Jabatan Perikanan turut melepaskan benih ikan asli spesies temoleh, kerai dan udang galah dengan nilai keseluruhan RM18,400 ke Sungai Galah sebagai langkah konservasi untuk memulihkan stok ikan tempatan dan mengimbangi ekosistem perairan.

Adnan berkata, pada siri pertama di Ipoh sebelum ini, sebanyak 26,420 ekor atau 2.3 tan metrik ikan sepsis bandaraya dan peacock bass telah berjaya dikeluarkan.

Jelas beliau, usaha membanteras spesies ikan asing perlu dilakukan secara berterusan melalui pendekatan holistik yang bukan sahaja melibatkan aktiviti pemburuan, tetapi juga sokongan komuniti setempat.

“Program Grand Prix ini bukan sekadar pertandingan, tetapi adalah platform kesedaran masyarakat mengenai bahaya spesies asing terhadap ekosistem sungai.

“Melalui aktiviti memburu dan pelepasan benih ikan asli, kita memastikan sungai terus menjadi habitat yang sihat serta menjamin kelestarian sumber perikanan negara

“Program ini dijangka memberi impak positif kepada ekosistem sungai dan menjadi model penganjuran konservasi berasaskan komuniti di negeri-negeri lain pada masa akan datang,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pelepasan ikan asing boleh beri impak negatif kepada ekonomi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI