Penunggang RXZ maut kemalangan di Gerik

IPOH – Seorang lelaki maut selepas motosikal Yamaha RXZ ditunggangnya bertembung sebuah treler di Kilometer 45, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman berkata mangsa Roziman Abu Aziz, 36, dari Baling, Kedah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gerik.

“Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi apabila motosikal mangsa dari arah Gerik ke Jeli hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Mangsa kemudiannya melanggar bahagian kanan bampar treler jenis Volvo dipandu lelaki tempatan berusia 44 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Samad berkata bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan dalaman pada abdomen akibat kemalangan.

Beliau berkata pemandu treler tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kejadian berlaku semasa mangsa difahamkan dalam perjalanan ke Perhimpunan RXZ 7.0 di Gong Badak, Kuala Terengganu.

 

— BERNAMA

 


IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI