Suasana Meriah Pentarama Merdeka@HOHO

Program PENTARAMA Merdeka@HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) kembali dengan kelainan di Perak melalui kerjasama bersama Perak Transit. Bas Hop-On Hop-Off (HOHO) ini membawa persembahan nyanyian lagu patriotik, tarian, sembang santai dan kuiz berunsur kenegaraan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Tahun 2025 bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.

Lokasi program tersebut bermula di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Gerbang Malam Ipoh dan berakhir di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru. Inisiatif ini bukan sahaja menghidupkan semangat kebangsaan, malah mendekatkan JAPEN dengan masyarakat sambil mempromosikan kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.

Program PENTARAMA Merdeka@HOHO membawa persembahan nyanyian lagu patriotik, tarian, sembang santai dan kuiz berunsur kenegaraan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Tahun 2025 bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni di sekitar Bandaraya Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 OGOS 2025.
Suasana sekitar program PENTARAMA Merdeka@HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Perak di sekitar Bandaraya Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OGOS 2025.
Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Mazlan Abd Mutalib dan Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia, Erwin Khairul Ahmad ketika bergambar bersama orang ramai pada program PENTARAMA Merdeka@HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Perak di sekitar Bandaraya Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OGOS 2025.
Artis Budaya Persembahan Nyanyian, Tarian dan Drama (PENTARAMA) ketika mengikuti Program PENTARAMA Merdeka@HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di sekitar bandaraya Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 OGOS 2025.
Program PENTARAMA Merdeka@HOHO membawa persembahan nyanyian lagu patriotik, tarian, sembang santai dan kuiz berunsur kenegaraan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Tahun 2025 bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni di sekitar Bandaraya Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 OGOS 2025.
Suasana sekitar program PENTARAMA Merdeka@HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Perak di sekitar Bandaraya Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OGOS 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI