Harta ‘Scavenger’ Di Sebalik Timbunan Sampah

Di sebalik kehidupan dunia yang semakin moden dengan ledakan arus digital masih wujud insan yang mencari rezeki halal di tapak pelupusan sampah, dikenali sebagai ‘scavenger’ yang setiap hari bergelumang serta meredah tapak pelupusan sampah untuk mencari sisa bernilai supaya dapat dijadikan sumber pendapatan bagi menampung kehidupan keluarga tercinta.

Biarpun masyarakat melihat pekerjaan ini kotor dan menjijikkan namun bagi pengutip sampah, plastik, besi buruk, kertas, atau botol kosong adalah ‘harta’ yang boleh ditukar menjadi wang.

Bapa kepada dua orang cahaya mata, Badrul Hisyam Azmi @ Bujang, 38 mengambil masa sehingga lapan jam setiap hari di tapak pelupusan tersebut bagi mencari bahan buangan yang boleh dijual dan dikitar semula untuk dijadikan sumber rezeki.

Timbunan sampah di Tapak Pelupusan Sampah Majlis Daerah Kampar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 OGOS 2025.
Pengutip sampah berlesen, Badrul Hisyam Azmi @ Bujang menjalankan rutin harian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tapak Pelupusan Sampah Majlis Daerah Kampar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 OGOS 2025.
Pengutip sampah berlesen, Badrul Hisyam Azmi @ Bujang mengasingkan sisa sampah dengan penuh teliti ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tapak Pelupusan Sampah Majlis Daerah Kampar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 OGOS 2025.
Pengutip sampah berlesen, Badrul Hisyam Azmi @ Bujang menjalankan rutin harian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tapak Pelupusan Sampah Majlis Daerah Kampar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 OGOS 2025.
Suasana sekitar Tapak Pelupusan Sampah Majlis Daerah Kampar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 OGOS 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI