Lebih 88,000 permohonan rumah diluluskan bawah skim pembiayaan, SJKP ditambah RM10 bilion – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmen kerajaan meningkatkan akses rakyat kepada pemilikan rumah mampu milik dengan pelbagai inisiatif pembiayaan, termasuk melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan Skim Sewa-untuk-Beli (Rent-to-Own, RTO).

Beliau berkata, berdasarkan Laporan Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIES) 2022, sebanyak 76.5 peratus isi rumah di Malaysia telah memiliki rumah manakala 20.3 peratus menyewa dan 3.3 peratus tinggal di kuarters.

“Bagi memastikan kumpulan B40 dan M40 dapat memiliki kediaman sendiri, kerajaan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga RM500,000 untuk pembelian rumah pertama melalui SJKP.

“Sejak skim ini diperkenalkan pada 2008 hingga 31 Mei 2025, sebanyak 88,507 permohonan dengan nilai pinjaman RM20.9 bilion telah diluluskan,” katanya pada sesi soal jawab Perdana Menteri (PMQT ) di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN–Kuala Terengganu), Anwar berkata, dana SJKP turut ditambah RM10 bilion tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sehingga kini sebanyak RM30 bilion.

Selain itu, Perdana Menteri menjelaskan skim RTO juga dilaksanakan khususnya di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Program Residensi Rakyat (PRR) kendalian Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Skim ini kini dilaksanakan di tujuh negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) untuk memperluas akses perumahan terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang masih terhalang oleh faktor pembiayaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI