Suami maut, isteri cedera kereta dinaiki terbabas dan terbalik

IPOH – Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Jalan Sultan Idris Shah di sini pada Rabu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 8.06 pagi.

Menurutnya, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Setibanya di lokasi didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla telah terbabas dan terbalik serta terdapat seorang mangsa lelaki berusia 55 tahun tersepit di bahagian pemandu dan disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanapun, isteri mangsa yang berusia 48 tahun hanya mengalami kecederaan ringan,“ katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan penilaian operasi seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hydraulik bagi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa yang maut diserahkan pada pihak polis manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.53 pagi,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga emas ditemui maut dalam rumah terkunci

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI