Tambah baik spesifikasi Rumah Perakku antara penambahbaikan DPN Perak 2.0

IPOH – Penetapan peratusan Rumah Perakku serta kawalan perancangan perumahan bagi sesuatu skim pembangunan merupakan antara penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0 yang bakal diperkenalkan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, penambahbaikan berkenaan juga dijangka membantu meningkatkan tawaran Rumah Mampu Milik untuk dimiliki rakyat Negeri Perak.

“Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0 yang bakal diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri melalui LPHP (Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak) adalah bersifat lebih inklusif serta seiring dengan keperluan semasa untuk dipraktikkan serta dipatuhi oleh pemain industri perumahan di Negeri Perak.

“Dasar ini memfokuskan kepada tiga teras utama iaitu yang pertama, Availability atau Ketersediaan, Affordability atau Kemampuan dan yang ketiga Accessibility atau Kebolehcapaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Wong Chai Yi (PH-Simpang Pulai) sewaktu Sesi Soalan-soalan Lisan pada Mesyuarat Kedua, Tahun Ketiga Dewan Negeri Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Kedua, Tahun Ketiga Dewan Negeri Ke-15 Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 SEPTEMBER 2025.

Sandrea berkata, Kerajaan Negeri melalui LPHP akan menambah baik spesifikasi Rumah Perakku supaya harga yang ditawarkan adalah setara dengan spesifikasi yang disediakan.

Langkah ini bukan sahaja menjadikan rumah lebih mampu dimiliki oleh rakyat, malah turut memastikan pemaju berupaya melaksanakan pembinaan tanpa menanggung bebanan kos yang berlebihan.

“Di bawah teras Kebolehcapaian, Kerajaan Negeri melalui LPHP memberi penekanan kepada pelbagai aspek kawalan dan pengurusan perumahan seperti pindah milik rumah kos rendah dan sederhana, kawalan pemilikan Rumah Perakku, serta tapisan ke atas permohonan program Skim Sewa Perak Sejahtera (SSPS) dan Program Perumahan Rakyat (PPR).

“Langkah ini bertujuan memastikan proses pemilikan atau penyewaan lebih telus dan adil, seterusnya memperluaskan akses rakyat kepada rumah untuk dihuni,” katanya.

Tambahnya. penawaran dan pengiklanan Rumah Perakku serta lot Kuota Bumiputera turut diperkukuh agar capaian maklumat lebih berintegriti. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak pantau, nilai kawasan memerlukan pembinaan PPR – Exco

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI