Op Bersepadu Khazanah: Dua lelaki ditahan, 100 kambing Boer dirampas

GERIK – Cubaan menyeludup 100 ekor kambing Boer dari Thailand gagal apabila Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan itu dalam Op Bersepadu Khazanah, dekat sini semalam.

Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, operasi disertai Jabatan Veterinar (JV) Cawangan Taiping dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik itu bermula dari jam 4.30 petang hingga 5 pagi.

Menurutnya, pihaknya telah mengesan sebuah lori jenis Isuzu berwarna putih yang membawa muatan kambing berkenaan untuk dipasarkan secara tidak sah di pasaran tempatan.

“Dua lelaki tempatan berusia 28 dan 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan nilai rampasan kambing temasuk lori terbabit dianggarkan RM260,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 (Akta 647) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM15,000 atau hukuman lain yang diperuntukkan undang-undang.

“Semua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada JV Cawangan Taiping untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI