SPRM patut lebih fokus isu rasuah mineral Sabah dan ‘Maha Kaya’ – Puad

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sememangnya tidak perlu menyiasat isu pemalsuan dokumen Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap tujuh pemain bola sepak kebangsaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi mendakwa, hendak pergi ke pejabat FIFA bukan sahaja membazir duit pembayar cukai tetapi hilang fokus.

Jadi, katanya, bab tuduhan “forgery” (pemalsuan) biar polis yang siasat.

“Mujur SPRM batal perancangan untuk menyiasat kesilapan teknikal FAM hantar dokumen naturalisasi pemain warisan negara. Jika tidak, saya turut hairan kenapa SPRM mahu siasat semua kes.

“Lebih baik fokus kepada isu rasuah mineral Sabah dan ‘Maha Kaya’ yang baru muncul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaik-baiknya, SPRM lebih fokus kepada kepada isu rasuah mineral Sabah dan ‘Maha Kaya’ yang baru muncul.

Malah, katanya, daripada pergi ke pejabat FIFA untuk menyiasat lebih baik cari menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa ada di Abu Dhabi untuk menghadapi tuduhan rasuah Jana Wibawa.

Puad merujuk kepada kenyataan badan siasatan itu yang mengesahkan tiada sebarang asas kesalahan dikenal pasti mengikut Akta SPRM 2009 membabitkan dakwaan pemalsuan dokumen FAM terhadap tujuh pemain bola sepak kebangsaan.

Semalam, SPRM berkata tidak akan berhubung dengan pihak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak FAM untuk diselesaikan bersama badan bola sepak dunia terbabit.

Sebelum ini, FIFA dalam kenyataan rasminya mendedahkan FAM dan tujuh pemain didakwa melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) kerana menyerahkan dokumen yang dipalsukan dalam proses pengesahan kelayakan pemain.

Pemalsuan itu dilakukan bagi membolehkan pemain berkenaan disenaraikan dalam perlawanan rasmi skuad kebangsaan.

Tujuh pemain terbabit adalah Gabriel Palermo, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Mereka diturunkan ketika aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu, yang kemudiannya mencetuskan aduan rasmi kepada FIFA berhubung status kelayakannya.

Hasil siasatan Jawatankuasa Tatatertib FIFA, FAM dikenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta), manakala setiap pemain terbabit didenda CHF2,000 (RM10,560) dan digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan berkuat kuasa serta-merta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI