Lelaki warga Myanmar disyaki bunuh kekasih direman lima hari

IPOH – Lelaki warga Myanmar direman selama lima hari sehingga 4 Oktober ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita di sebuah rumah teres satu tingkat di Kuala Kuang, Chemor, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pada Isnin sekitar jam 12.30 tengah hari daripada seorang lelaki warga Myanmar berhubung rakannya yang tidak sedarkan diri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 3.50 petang oleh Penolong Pembantu Perubatan dan pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan cekik pada leher mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar yang merupakan teman lelaki mangsa di lokasi kejadian.

“Hasil bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 12.15 tengah hari tadi mengesahkan punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada bahagian leher akibat cekikan,” jelasnya.

Beliau berkata, suspek direman lima hari sehingga 4 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa melengkapkan siasatan dengan terperinci,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan, seorang wanita warga Myanmar ditemukan maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kuala Kuang dekat Chemor, di sini pada tengah hari Isnin. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita warga Myanmar ditemui mati disyaki dibunuh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI