Trak ATM dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas, terhumban dalam gaung

KUALA KANGSAR – Hilang kawalan dipercayai menjadi punca sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, petang tadi, sehingga meragut nyawa seorang anggota dan mencederakan enam yang lain.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 5.20 petang.

“Siasatan awal mendapati trak yang membawa tujuh anggota ATM itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik dan terhumban ke dalam gaung sedalam 20 kaki (enam meter),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan seorang mangsa disahkan maut di lokasi, dua mangsa cedera parah manakala empat lagi hanya mengalami kecederaan ringan.

“Lima mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut manakala seorang lagi mangsa dirujuk ke Hospital Taiping,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Amaliena Azman di talian 05-7762222 bagi membantu siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Trak tentera terlibat kemalangan, seorang maut enam cedera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI