Belia harap Belanjawan Perak 2026 fokus ekonomi digital, rumah pertama

IPOH – Menjelang pembentangan Belanjawan Perak 2026, golongan belia di negeri ini berharap kerajaan negeri memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi digital serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, khususnya kepada lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Mereka berpandangan, belanjawan kali ini perlu dirangka dengan lebih inklusif bagi memastikan anak muda tidak hanya bergantung kepada sektor tradisional, sebaliknya mampu menceburi bidang baharu yang selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri semasa.

Belia harap Belanjawan Perak 2026 fokus ekonomi digital, rumah pertama
Temubual pencipta kandungan, Ahmad Faiq Abdul Manan, 28, di Ipoh. Foto SYAKIR YUSOF, 06 OKTOBER 2025.

Pencipta kandungan, Ahmad Faiq Abdul Manan, 28, berkata kerajaan negeri perlu memberi perhatian terhadap potensi ekonomi baharu yang diceburi ramai anak muda seperti pencipta kandungan dan mereka yang memilih untuk bekerja secara bebas (gig).

Menurutnya, pekerja gig termasuk pempengaruh media sosial kini menjadi sebahagian yang menyumbang kepada pembangunan negeri, namun mereka masih memerlukan lebih banyak sokongan daripada kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri perlu beri lebih pendedahan dan kursus percuma kepada pencipta kandungan dalam bidang tertentu seperti makanan dan perkhidmatan supaya mereka tidak berhijrah ke Kuala Lumpur.

“Pada masa sama, kerajaan negeri boleh membantu dalam menyediakan latihan dan bimbingan supaya belia yang menceburi bidang ini berpeluang untuk memperkembangkan perniagaan mereka,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak pada Isnin.

Belia harap Belanjawan Perak 2026 fokus ekonomi digital, rumah pertama
Temubual Pegawai Tadbir, Muhammad Hanif Mohd Jumah, 23, di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 OKTOBER 2025.

Bagi pegawai tadbir, Muhammad Hanif Mohd Jumah, 23, dia berharap kerajaan negeri dapat memperluas peluang pekerjaan khususnya belia lepasan TVET supaya mereka boleh menggunakan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan industri semasa.

“Sekarang kita boleh nampak pergerakan daripada agensi kerajaan negeri seperti Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan agensi berkaitan dalam membantu menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada belia.

“Paling penting, peluang pekerjaan yang banyak perlu disediakan untuk golongan belia yang betul-betul memerlukan,” ujarnya.

Belia harap Belanjawan Perak 2026 fokus ekonomi digital, rumah pertama
Temubual peniaga, Mohd Hafiz Abd Wahab 35, di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 OKTOBER 2025.

Sementara itu, peniaga air, Mohd Hafiz Abd Wahab, 35, berharap kerajaan negeri dapat mencari solusi terbaik bagi memudahkan proses pemilikan rumah pertama untuk golongan muda dan peniaga kecil.

“Saya masih menyewa dan pernah memohon untuk beli rumah, tetapi prosesnya agak rumit. Mungkin kerajaan negeri boleh melonggarkan sedikit syarat bagi membantu peniaga seperti kami,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2026: Warga emas, pelancongan antara yang wajar diberi tumpuan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI