ExKIP bantu graduan politeknik capai 95 peratus kebolehpasaran

TANJUNG MALIM – Penganjuran Ekspo Kerjaya Industri Politeknik (ExKIP ke-13) 2025 bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan pihak industri, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tersebut.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC), DR. Shahiza Ahmad Zainuddin berkata, program dengan Pusat Korporat, Perkhidmatan Industri dan Kebolehpasaran (CISEC) itu selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi).

Menurutya, ExKIP 13 kali ini amat istimewa kerana ia adalah salah satu High Impact Program (HIP) PSAS bagi tahun 2025 selaras dengan matlamat melahirkan graduan yang holistik, berjiwa keusahawanan dan seimbang.

Program ini bukan sekadar acara kerjaya semata-mata, tetapi sebuah platform komprehensif yang menghimpunkan tiga aktiviti utama iaitu Program Kerjaya, Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi bersama industri dan Mesyuarat bersama Jawatankuasa Penasihat Industri.

“Matlamat ExKIP ini sangat jelas, iaitu membantu politeknik mencapai sasaran utama dengan menyasarkan 95 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian dan 100 peratus pelajar mendapat penempatan latihan industri.

ExKIP bantu graduan politeknik capai 95 peratus kebolehpasaran
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi POLYCC, Dr Shahiza Ahmad Zainuddin ketika berucap pada ExKIP13 2025 di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah pada Selasa. Foto Politeknik Sultan Azlan Shah

“Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ini bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi ia adalah amanah dan tanggungjawab besar bagi kita sebagai institusi pendidikan tinggi yang mahu melahirkan graduan berkualiti tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian ExKIP di PSAS pada Selasa.

Beliau berkata, ExKIP adalah wadah terbaik untuk membina jambatan yang menghubungkan teori dengan amali, pengetahuan dengan kemahiran, serta harapan dengan realiti.

“Melalui majlis menandatangani sijil kolaborasi bersama industri, kita mengukuhkan kepercayaan dua hala. Industri memberi maklum balas tentang keperluan tenaga kerja, manakala politeknik melengkapkan pelajar dengan kemahiran relevan.

“Hasilnya, lahirlah graduan yang bersedia menempuh dunia pekerjaan dengan lebih yakin.

“Begitu juga dengan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri yang diadakan sempena ExKIP yang menjadi bukti bahawa kurikulum politeknik sentiasa dikemas kini agar seiring dengan teknologi terkini, sama ada dalam bidang digitalisasi, automasi, kecerdasan buatan (AI), mahupun teknologi hijau,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pasangan kembar antara 759 pelajar baharu PSAS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI