KUIH tradisional denderam kini diberi nafas baharu apabila Dodol Warisan Cikgu Anjang memperkenalkan produk terbaharunya iaitu denderam kopi, hasil inovasi dan olahan resipi sendiri oleh pengusahanya, Muhammad Khairudin Md Azmi.
Menurut Khairudin, 39, idea menghasilkan denderam berperisa kopi itu tercetus selepas dia melihat potensi besar dalam pasaran produk berasaskan dodol yang telah diusahakan sebelum ini. – MGPerak