Lelaki maut van dipandu terbabas di bahu jalan Lebuhraya WCE

SITIAWAN – Seorang lelaki maut selepas van jenis Perodua Rusa yang dipandunya terbabas lalu melanggar penghadang jalan di KM229.8 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara di Ayer Tawar, di sini malam tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 10.40 malam pada Selasa.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 11 malam.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati terdapat seorang lelaki berusia lingkungan 44 tahun telah tersepit selepas van dinaikinya terbabas melanggar penghadang jalan di bahu kiri jalan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, Ketua Operasi kemudiannya melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER seterusnya mengarahkan anggota melakukan kerja penyelamatan.

“Pasukan penyelamat kemudiannya menggunakan peralatan khas Power Unit Cutter dan Hidraulic Ram untuk membuat renggangan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa yang telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan KKM yang hadir dikeluarkan dari dalam kereta dengan menggunakan stretcher.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 12.02 tengah malam,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI