UDA sasar lahir atlet boling negeri wakil Perak dalam SUKMA

IPOH – UDA Holdings Berhad (UDA) menyasarkan untuk melahirkan atlet boling negeri yang mampu mewakili Perak dalam Sukan Malaysia (Sukma) dalam tempoh empat tahun akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini berkata, sasaran tersebut dibuat menerusi inisiatif ‘UDA Cares: Bangunkan Komuniti, Lahirkan Juara’.

Menurut beliau, program pembangunan sukan itu berjaya mencungkil dan melahirkan seramai 29 pemain berbakat dalam sukan boling.

Katanya, kesemua pemain berpotensi itu dipilih dalam kalangan 120 pelajar daripada 24 sekolah yang berjaya menamatkan latihan intensif selama 16 minggu di bawah bimbingan bekas atlet boling kebangsaan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi.

Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA), Tan Sri Mohd Annuar Zaini ketika hadir ke Program UDA Cares: Bangunkan Komuniti, Lahirkan Juara di Lite Super Bowl, Angsana Mall, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2025.

“Peserta paling tua program ini berusia antara 11 hingga 12 tahun dan dalam tempoh empat tahun lagi mereka dijangka berumur 16 atau 17 tahun serta berpotensi mewakili negeri dalam Sukma.

“Jika bakat mereka menyerlah, persatuan boling mungkin akan mengambil mereka ke sekolah sukan atau menyertai kejohanan yang lebih besar.

“Peranan UDA hanyalah sebagai pencetus awal dalam melahirkan bakat baharu sebelum diserahkan kepada pihak lain yang lebih berkeupayaan untuk mengembangkan potensi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyempurnakan Perasmian Program Uda Cares: Bangunkan Komuniti Lahirkan Juara di Aras 2 Lite Super Bowl, Angsana Mall di sini pada Ahad.

Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berucap pada Majlis Perasmian Program UDA Cares: Bangunkan Komuniti, Lahirkan Juara di Lite Super Bowl, Angsana Mall, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2025.

Mengulas lanjut, Mohd. Annuar berkata, daripada keseluruhan 29 pemain berkenaan, lima peserta terbaik akan dipilih menyertai fasa latihan lanjutan sebagai persediaan ke peringkat lebih tinggi.

“Program ini memberi peluang kepada pelajar berpotensi khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mengembangkan bakat dalam sukan boling sambil membina jati diri, disiplin dan semangat perpaduan.

“Melalui kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta, UDA melihat program ini sebagai wadah untuk mengangkat sukan boling sebagai platform pembangunan holistik untuk generasi muda,” katanya. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI