Banjir Perak semakin pulih, 130 mangsa berlindung di PPS

IPOH – Situasi banjir di negeri Perak semakin pulih hari ini apabila hanya 130 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara berbanding 139 orang pada malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, sebuah PPS di daerah Manjung iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batu telah ditutup pukul 12 tengah hari semalam selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Hanya sebuah PPS di daerah sama masih beroperasi iaitu PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai yang menempatkan 130 mangsa daripada 36 keluarga, setakat tengah hari ini. Kesemua mangsa banjir itu dari Kampung Padang Serai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, sebuah PPS bagi mangsa kebakaran di Hilir Perak iaitu PPS Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) masih lagi dibuka.

Menurutnya, ia masih menempatkan 28 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Terengganu yang kemusnahan kediaman akibat kebakaran Ahad lalu.

Selain itu JPBN memberitahu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan paras sungai di Stesen Empangan Ulu Kinta berada pada bacaan amaran iaitu 247.78 meter. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lebih 900 mangsa banjir di Perak, Kedah masih berlindung di PPS pagi ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI