KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO membidas seorang pemimpin DAP yang dakwanya dulu bukan main menghentam kerajaan mengenai kebebasan media ketika menjadi pembangkang.
Datuk Dr. Akmal Saleh berkata, bagaimana pun apabila sudah jadi menteri hari ini, dengan soalan wartawan pun boleh ‘koyak’.
Buat itu sahaja, malah siap ugut untuk dikenakan tindakan ke atas wartawan pula.
“Apa bingai punya menteri!!,” kata beliau yang mengulas insiden seorang wartawan diugut pada sidang media pra pelancaran majlis prapelancaran projek “I Lite U” yang diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, baru-baru ini.
Beliau bagaimanapun tidak merujuk nama tertentu.
Namun, semalam tular seorang menteri didakwa mengugut seorang wartawan dengan cubaan memanggil editor Utusan Malaysia selepas mengajukan soalan dalam satu sidang media.- MalaysiaGazette


