Lemas punca lelaki ditemui rakan terapung di Air Terjun Lata Kinjang

TAPAH – Polis mengesahkan punca kematian seorang lelaki warga tempatan yang ditemui terapung di permukaan Air Terjun Lata Kinjang, Chenderiang di, sini pada Jumaat disebabkan lemas.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Johari Yahya berkata, siasatan awal mangsa berusia 33 tahun dilaporkan keluar bersama seorang rakannya yang berusia 39 tahun dan berasal dari Sabak Bernam.

Menurut beliau, kedua-dua mereka pergi ke Air Terjun Lata Kinjang berkenaan bagi tujuan ‘hiking’ dan mandi di kawasan air terjun berkenaan.

“Pada jam lebih kurang 2.50 petang ketika rakan mangsa sedang memasang ‘hammock’ di atas bukit mendapati mangsa tiada di lokasi air terjun berkenaan.

“Dia kemudiannya mencari di sekitar air terjun dan mendapati mangsa berada dalam keadaan meniarap di permukaan air,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Johari berkata, rakan mangsa kemudiannya cuba memberi bantuan pertolongan cemas tetapi mangsa tidak menunjukkan sebarang reaksi lalu menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan.

Katanya, mangsa kemudiannya dibawa turun daripada kawasan air terjun oleh pihak bomba serta polis sekitar jam 8.30 malam dan pemeriksaan Pegawai Kesihatan Hospital Tapah telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa seterusnya di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Tapah dan hasil bedah siasat mendapati punca kemaatian adalah ‘drowning’ atau lemas,” katanya.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis menasihati orang ramai yang mengunjung kawasan rekreasi melibatkan air terjun supata memastikan keselamatan diri dan memaklumkan kepada keluarga. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI