JAS Perak siasat dakwaan pencemaran kimia punca kematian lembu 

BATU GAJAH – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak hari ini telah mengambil beberapa sampel daripada sisa buangan lembu ternakan yang didakwa mati selepas memakan rumput yang tercemar dengan bahan kimia berbahaya di Taman Tronoh Baru di sini.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, sepasukan pegawai telah dihantar ke lokasi kejadian bagi mengambil sampel tersebut susulan aduan yang diterima pihaknya petang semalam.

Menurutnya, sampel tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis bagi mengenal pasti punca sebenar kematian ternakan tersebut.

“Kita telah mengambil sampel untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia Malaysia dan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan terperinci akan dilakukan dari pelbagai sudut.

“Sisatan akan meliputi segala aspek temasuk kemungkinan wujud pembuangan sisa kimia dari kilang berhampiran ke kawasan padang ragut sehingga menyebabkan pencemaran rumput,” jelasnya.

Semalam media melaporkan, seorang penternak kerugian kira-kira RM50,000 apabila 17 ekor lembu ternakannya mati di secara berperingkat antara 5 hingga 8 November lalu, dipercayai akibat termakan rumput yang telah tercemar dengan bahan kimia berbahaya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pencemaran Sungai Perak, JAS kenal pasti tiga aktiviti perlombongan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI