GKMM cadang kadar gaji minimum khusus untuk pengamal media

KUALA LUMPUR – Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) akan mencadangkan pengenalan kadar gaji minimum khusus bagi pengamal media bagi menangani isu gaji rendah yang dihadapi sesetengah wartawan terutama wartawan sambilan.

Menurut kenyataan media GKMM, langkah itu bertujuan meningkatkan standard profesion kewartawanan negara serta memastikan kebajikan pengamal media terjamin.

Selain itu, GKMM berkata, pengenalan gaji minimum dijangka menjadi penanda aras baharu bagi industri selain menjadi rujukan kepada majikan yang ingin menggajikan pengamal media baharu.

Isu gaji rendah akan dibawa ke mesyuarat Majlis Media Malaysia (MMM) untuk perbincangan lanjut termasuk sesi libat urus dengan syarikat dan agensi media.

GKMM menekankan kebajikan pengamal media, termasuk wartawan sambilan, menjadi keutamaan, dan berharap langkah ini dapat meningkatkan kemampanan industri media tempatan.

Baru-baru ini isu yang sama turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan wakil-wakil media di Sabah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI