Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Pemasyhuran Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) di sini, pada Khamis.
Berangkat sama, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah.
Ketibaan Sultan Nazrin dan Tuanku Zara kira-kira jam 11 pagi disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #SultanPerak #PemasyhuranPoliteknikMaritimSultanNazrinShah





