MGPerak: Sektor TVET Maritim Bakal Jadi Pemacu Baharu Ekonomi Negara – TPM

20

Malaysia sedang memberi tumpuan baharu terhadap pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) maritim bagi memperkukuh daya saing negara dalam industri pelabuhan, perkapalan, perikanan moden dan tenaga laut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bidang TVET maritim kini muncul sebagai antara sektor berimpak tinggi yang bakal membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi serta melahirkan tenaga mahir untuk menyokong pertumbuhan ekonomi masa hadapan.

Menurutnya, usaha memperkasa TVET maritim ini selaras dengan Dasar TVET Negara 2030 yang memberi penekanan kepada penyelarasan kurikulum, pengiktirafan industri serta peluasan Program TVET High Growth High Value. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #TVET #TVETMaritim

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini