TMM2026: PKNPk peruntuk RM5.5 juta tingkat tarikan pelancongan negeri

IPOH – Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta bagi mempertingkatkan tarikan pelancongan di Perak setakat ini.

Dalam satu kenyataan PKNPk memaklumkan, ia termasuk kepada usaha menambah baik produk-produk pelancongan sedia ada serta serta penstrukturan semula operasi di bawah seliaan perbadanan itu menjalang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Katanya, agenda itu turut diperkukuh dengan usaha pemulihan aset-aset pelancongan strategik, selari dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 dan komitmen kerajaan negeri untuk menempatkan Perak sebagai destinasi pelancongan unggul di rantau ini.

Justeru jelas PKNPk, antara projek yang sedang dipacu ialah pemulihan Casuarina Houseboat@Temenggor 1 yang operasinya terhenti sejak Julai tahun lalu berikutan mengalami kerosakan teknikal.

“Selepas melalui proses penilaian menyeluruh, PKNPk telah melantik kontraktor untuk kerja-kerja pembaikan kritikal melibatkan enjin dan struktur yang dijangka disempurnakan pada Disember ini.

“Rumah bot ikonik itu disasar kembali beroperasi sepenuhnya pada Februari 2026, tepat pada waktunya untuk menyokong kebangkitan eko-pelancongan Belum-Temengor menjelang TMM2026,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya lagi, inisiatif ini melengkapkan agenda pembangunan eko-pelancongan di daerah Hulu Perak, termasuk dua komponen baharu yang dirangka untuk menarik pelancong dan seterusnya menghasilkan pulangan ekonomi kepada komuniti setempat.

Ujar PKNPk, selain Hotel Casuarina@Pangkor yang kini melalui penjenamaan semula berskala besar dan pembinaan tempat penginapan di atas air, Balai Gambang Cempaka Sari di Kuala Kangsar juga telah kembali beroperasi selepas melalui proses pemulihan.

PKNPk tingkatkan tarikan pelancongan Perak TMM2026 Perak pelancongan Perak 2026 PKNPk pembangunan pelancongan eco tourism Perak Belum-Temengor pelancongan tahun melawat malaysia
Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS)

Katanya, pemulihan ikon pelayaran diraja di Sungai Perak itu bukan sahaja menghidupkan semula aset warisan negeri, tetapi turut membuka ruang kepada penyampaian naratif budaya, legenda serta sejarah sungai Perak sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan.

Sementara di sekitar Meru Raya, PKNPk memaklumkan terhadap pemeliharaan Rumah Tradisional Melayu berhampiran Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS) dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada suku pertama tahun hadapan.

“Menerusi Majuperak Holdings Berhad (Majuperak), Kumpulan PKNPk terus memperluaskan pembangunan eko-pelancongan dengan mengurus beberapa aset terpenting negeri, termasuk Tasik Cermin.

“Majuperak akan memulakan pengambilalihan penuh pengurusan Gua Tempurung pada awal 2026 sebagai langkah penting memodenkan aset pelancongan negeri yang bakal disusuli dengan pembangunan fasiliti baharu termasuk ‘glamping’, ‘adventure hub’ dan penaiktarafan keselamatan.

“Jumlah pengunjung disasar meningkat daripada 10,000 kepada 25,000 sebulan dalam tempoh tahun pertama,” katanya.

Ujar kenyataan sama, sementara di Teluk Batik, Lumut, pembangunan pusat peranginan moden dengan 29 unit penginapan sedang dirancang dengan kerja pembinaan dijangka bermula pertengahan 2026 bagi memenuhi permintaan tinggi di daerah Manjung.

“Keseluruhan usaha ini adalah sebahagian daripada pelan tindakan berskala besar yang digerakkan secara agresif, berfasa dan berpandukan data.

“Fokusnya adalah untuk memastikan aset negeri bukan sahaja dipulihkan tetapi dikembangkan menjadi sumber pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk rakyat.

“Ini juga membuktikan komitmen Kumpulan PKNPk dalam menyokong kepimpinan negeri serta memastikan Perak bersedia sebagai destinasi pelancongan utama menjelang TMM 2026 dan seterusnya,” jelasnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

TNB Genco, PKNPk santuni 50 keluarga asnaf di Gerik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI