Tiga pelajar tingkatan empat mengaku tak salah tanggal seluar rakan sekolah

PARIT – Tiga pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di sini, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan menghina dengan menanggalkan seluar seorang pelajar tingkatan satu pada 14 November lalu.

Tertuduh masing-masing berusia 16 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai di Mahkamah Majistret Parit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama melakukan perbuatan berkenaan dengan cara menolak dan menanggalkan seluar mangsa di hadapan orang ramai.

Mereka didakwa melaku kesalahan berkenaan di dewan salah sebuah sekolah menengah di sini, pada jam 8.30 pagi pada 14 November 2025.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak kesemua tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya, Inspektor Mohd Syukri Abdul Talib manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Ketiga-tiga tertuduh dibenarkan diikat jamin RM500 seorang. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI