PSAS: Pasukan bertanding mahu uji, pamer momentum terbaik

IPOH – Pasukan hoki Belgium menyifatkan Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025 edisi ke-31 sebagai medan terbaik skuad di rangking ketiga dunia itu untuk menguji barisan pemain.

Ketua Jurulatih Belgium, Shane McLeod berkata, keputusan untuk bertanding di Ipoh dibuat kerana kejohanan berprestij itu memberi peluang untuk mereka beraksi dengan pasukan di luar Eropah.

“Ini adalah peluang yang sangat baik untuk kami bermain menentang pasukan di luar Eropah kerana kami sering bermain dengan pasukan dari Belanda, Jerman, Sepanyol dan England.

“Oleh itu, melalui kejohanan seperti ini, dengan layanan baik serta pasukan daripada pelbagai negara lain, ini adalah satu cabaran menarik untuk kami,” katanya kepada pemberita pada sidang media PSAS 2025 di Hotel M Roof, di sini, pada Sabtu.

Selain Belgium, India juga antara pasukan dunia di tangga 10 ke atas turut akan beraksi bersama pasukan dari Malaysia, Belgium, New Zealand, Korea Selatan serta Kanada pada kejohanan PSAS yang akan berlangsung bermula Ahad sehingga 30 November ini.

Sementara itu, Kapten Belgium, Arthur Van Doren berkata, pasukannya berasa teruja untuk berdepan dengan pasukan khususnya dari Asia yang disifatkan sering tampil dengan gaya permainan yang lebih agresif, dinamik dan sukar dijangka.

“Kami dapat merasakan saingan pada PSAS edisi ke-31 akan membawakan sesuatu pengalaman yang berbeza dan yang pasti tidak dapat dijangka.

“Dan sudah tentu cabaran seperti ini yang membuatkan pemain dan pasukan menjadi lebih baik. Jadi kami benar-benar menantikan cabaran ini,” katanya lagi.

PSAS 2025 Belgium Piala Sultan Azlan Shah 2025 hoki Belgium Malaysia PSAS edisi ke-31 Speedy Tigers persiapan hoki antarabangsa Ipoh
Barisan wakil pasukan hoki yang akan beraksi pada Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025 edisi ke-31bermula Ahad sehingga 30 November ini. Foto Amirrul Rabbani Rashid

Pada masa sama, ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh memberitahu, kejohanan PSAS menjadi platform penting dalam membina momentum pasukan yang terbaik bagi menghadapi dua kejohanan utama tahun depan iaitu kelayakan Piala Dunia dan Sukan Asia.

Namun begitu beliau berkata, Speedy Tigers dapat memberi aksi terbaik pada kejohanan PSAS selaku pasukan tuan rumah.

“Semakin banyak perlawanan yang kami dapat bertanding, semakin baik untuk pasukan. Kami tidak mahu memberi tekanan berlebihan kepada pemain.

“Walau bagaimanapun, sudah tentu setiap pasukan yang beraksi mahu bermain dengan baik dan memenangi perlawanan ini,” katanya lagi.

Selain itu, kapten skuad kebangsaan, Muhammad Marhan Mohd Jalil berkata, persiapan pasukan berada pada tahap baik, termasuk dari pada aspek serta perancangan permainan di samping bersedia untuk menggalas cabaran bagi edisi ke-31 ini.

“Daripada segi persiapan, semuanya sangat baik. Kehadiran pasukan-pasukan kuat membantu kami meningkatkan kualiti permainan.

“Ia juga menjadi persediaan penting menjelang kejohanan besar. Harapan kami adalah untuk memberikan yang terbaik dan meraih kedudukan yang baik pada kejohanan ini,” ujar beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

11 bekas atlet, penggiat sukan Perak terima sumbangan lebih RM30,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI