Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilihat sebak ketika menyentuh soal bencana banjir ketika pembentangan Belanjawan Perak 2026, pada Selasa.
Beliau turut dilihat mengesat air mata dan nada ucapan sedikit perlahan ketika membacakan teks belanjawan yang menyentuh fokus pertama iaitu Kesejahteraan Rakyat.
Saarani berkata, banjir masih menjadi igauan yang tidak pernah padam, terutamanya bagi rakyat di kawasan berisiko. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #belanjawanperak2026 #MBPerak





