Tanah runtuh : Jalan Gua Musang-Lojing ditutup sepenuhnya mulai hari ini

GUA MUSANG – Jalan Gua Musang-Lojing FT185 di Seksyen 107.6, berhampiran Pos Blau, ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan mulai hari ini susulan kejadian tanah runtuh.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu berkuat kuasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, bagi memberi ruang kepada kerja keselamatan dan pemulihan.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif sementara.

“Pengguna dari Gua Musang yang menuju ke Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pahang, boleh menggunakan laluan Sungai Koyan-Ringlet-Cameron Highlands.

“Bagi perjalanan ke Ipoh, Perak, laluan Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Tapah-Ipoh disediakan sebagai alternatif,” menurut kenyataan itu.

JKR turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu dan mematuhi semua papan tanda keselamatan di laluan terlibat.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI