Shamsul Iskandar bayar jaminan RM150,000 hasil kutipan dana

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang menghadapi empat pertuduhan rasuah, dilepaskan hari ini selepas membayar jaminan RM150,000 menerusi kutipan dana.

Peguam Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff yang mewakili Shamsul Iskandar berkata, anak guamya menyediakan wang jaminan melalui bantuan daripada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan-rakan yang membuat kutipan.

Ujarnya, Shamsul Iskandar yang pada asalnya tidak dapat mengumpul jumlah tersebut, akhirnya berjaya meraih dana dan seterusnya dijamin oleh seorang kenalan dari Melaka dan seorang lagi merupakan bekas Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Sementara itu, Shamsul Iskandar ketika ditemui wakil media sejurus membayar jaminan, bertekad untuk membersihkan namanya daripada pertuduhan tersebut.

Ujarnya, sejak awal, beliau memang bersikap proaktif dan memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan.

Dalam pada itu, Mohd. Yusmadi menyeru pelbagai pihak agar tidak membuat spekulasi kerana kes itu baru bermula.

Ujar peguam itu, pihaknya melihat banyak komen yang agak melampaui batas dan akan teliti komen-komen tersebut.

“Datuk Seri Shamsul memberi kerjasama penuh ketika siasatan dan mahu membuktikan beliau tidak bersalah melalui proses undang-undang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI