Rakyat tak perlu simpati dengan Najib, keadilan mesti ditegakkan – Tony

KUALA LUMPUR – Selepas kenyataan Ahli Parlimen Puchong yang juga Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin berhubung Titah Adendum terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seorang lagi pemimpin parti itu membuat kenyataan yang sama.

Bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua hari ini menegaskan, rakyat Malaysia tidak perlu menunjukkan simpati terhadap Najib susulan keputusan Mahkamah Tinggi menolak tahanan rumah bagi menjalani baki hukuman penjara beliau.

Dalam hantaran di media sosial, Tony Pua berkata keputusan mahkamah jelas bahawa tiada asas untuk membenarkan tahanan rumah bagi individu yang disifatkannya sebagai ‘penjenayah terbesar di Malaysia’.

“Mahkamah memutuskan bahawa tiada asas untuk tahanan rumah bagi penjenayah terbesar di Malaysia. DAP berbangga, dan saya juga berbangga, dengan hakikat bahawa kami memainkan peranan besar dalam kejatuhan kleptokrat itu dan memastikan beliau kekal di penjara,” katanya.

Beliau menekankan rakyat tidak wajar memberi simpati kepada individu yang terbukti melakukan salah laku serius kerana tindakan itu hanya melemahkan prinsip keadilan dan akauntabiliti.

Malah Tony juga berkata, Najib sepatutnya bersyukur atas pengurangan hukuman sebelum ini.

“Tidak ada keperluan langsung untuk bersimpati dengan penjenayah seperti ini,” tegasnya.

Beliau mengingatkan pihak yang masih menyokong Najib bebas menunjukkan perikemanusiaan mereka tetapi tidak seharusnya menghalang rakyat Malaysia meraikan keadilan yang ditegakkan.

“Saya menantikan sabitan seterusnya ke atasnya pada minggu ini,” tambahnya, menegaskan bahawa keadilan dan akauntabiliti terhadap salah laku besar tetap menjadi keutamaan rakyat Malaysia.

Semalam, Bee Yin menimbulkan kemarahan ramai khususnya ahli dan kepemimpinan UMNO apabila memuatnaik hantaran ‘Another reason to celebrate this year end (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini)’ bersama pautan berita sebuah portal bertajuk ‘No house arrest for Najib’ (tiada tahanan rumah untuk Najib).

Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching pagi tadi memutuskan Titah Adendum tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI