MGPerak: MBI terima RM20 Juta Dari KPKT Turap 400 Jalan

76

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM20 juta kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), sekali gus menjadikannya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menerima peruntukan tertinggi di seluruh negara.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan tersebut akan digunakan sepenuhnya bagi kerja penurapan semula jalan raya, khususnya melibatkan hampir 400 jalan di kawasan perumahan di sekitar Ipoh.

Menurutnya, kawasan tersebut meliputi lima Parlimen di bawah pentadbiran MBI iaitu Tambun, Gopeng, Ipoh Barat, Ipoh Timur dan Batu Gajah. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #MBI #KPKT

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini