Hanya Mat Jenin dapat terowong percuma – Guan Eng

KUALA LUMPUR – Hanya Mat Jenin boleh dapat terowong percuma, demikian kenyataan ringkas Penasihat DAP menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Guan Eng mempersoalkan logik di sebalik dakwaan projek mega tersebut kononnya bakal dirasmikan pada pertengahan tahun 2026 sedangkan sehingga kini tiada sebarang transaksi kewangan dilakukan.

“Macam mana nak rasmikan Terowong Pulau Pinang pada pertengahan tahun 2026 bila satu sen pun tak dibayar? Hanya Mat Jenin boleh dapat terowong percuma,” sindirnya.

Hantaran itu dipercayai merujuk kepada kenyataan kiasan daripada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini.

Kenyataan Guan Eng itu seolah-olah memberi isyarat dakwaan Mohamad Hasan hanyalah sebuah ‘angan-angan kosong’ yang tidak berpijak di bumi nyata.

Sindiran ‘Mat Jenin’ yang digunakan Guan Eng itu dilihat bertujuan untuk menggambarkan pengumuman atau jangkaan mengenai tarikh perasmian projek itu adalah tidak realistik dari sudut teknikal dan kewangan.

Mohamad menerusi hantaran sinisnya di Facebooknya mengakui tidak sabar untuk ‘meraikan’ keputusan mahkamah berhubung projek terowong Pulau Pinang yang kononnya bakal dirasmikan tahun depan.

“Saya pun tunggu nak celebrate (raikan) apabila Mahkamah Tinggi merasmikan terowong Pulau Pinang, mungkin pertengahan 2026,” tulisnya.

Mohamad menulis demikian dipercayai menyindir Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin susulan kenyataan ‘meraikan’ keputusan Datuk Seri Najib Razak kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang semalam.

Terowong Pulau Pinang yang dimaksudkan Mohamad yang juga merupakan Menteri Luar itu merujuk projek terowong dasar laut dan jalan utama bernilai RM6.7 bilion yang terpalit kes rasuah membabitkan Guan Eng yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI