Kedai makan sebelah tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai- Cameron Highland ditutup

IPOH – Cerun sebuah kedai makan di Seksyen 45.9, Laluan Pesekutuan 185 (FT 185: Jalan Simpang Pulai- Cameron Highland) yang runtuh seperti mana tular di laman sosial bukan di bawah selian atau rizab milik Jabatan Kerja Raya (JKR).

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, sebaliknya kawasan tanah runtuh tersebut terletak di Kompartmen 31 Hutan Simpan Bukit Kinta.

“Walaubagaimanapun, melalui semakan awal, lokasi tersebut adalah merupakan kawasan tanah tambak dan risiko kejadian tanah runtuh adalah tinggi.

“Sehubungan dengan itu, merujuk kepada keadaan semasa pihak JKR menasihatkan supaya lokasi tersebut ditutup daripada sebarang aktiviti bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Mohamad Nizar, tindakan penutupan lokasi tersebut adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Hutan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan.

Jelasnya, kawasan tanah runtuh tersebut terletak di Kompartmen 31 Hutan Simpan Bukit Kinta dan berhampiran dengan kawasan kedai makan.

“Untuk pengetahuan, kawasan kedai makan tersebut telah diberikan kelulusan Permit Penggunaan bagi tujuan sewaan tapak kedai makan & minum seluas 0.4 hektar.

“Tempoh kuatkuasa Permit Penggunaan mulai 16 Mei 2025 hingga 31 Disember 2025. Kelulusan Permit Penggunaan ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata, tindakan dan laporan awal Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan mengeluarkan notis penutupan kepada pemegang permit mulai 26 Disember 2025 selama tempoh satu (1) bulan sehingga siasatan lengkap dibuat.

Terdahulu tular beberapa keping gambar memaparkan keadaan cerun yang terhakis berhampiran sebuah kedai makan jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI