100 pelajar akan terima manfaat ‘Back to School for Asnaf’

IPOH – Seramai 100 pelajar daripada golongan asnaf akan manfaat menerusi Program ‘Community Education Network (CEN) 2026: Ar-Rahman Wakaf Ilmu – Back to School for Asnaf’ yang akan dianjurkan di Taj International College (TIC), di sini, pada 3 Januari depan.

Program kebajikan berasaskan pendidikan itu dilaksanakan dengan pendekatan wakaf, bertujuan membantu meringankan beban kewangan keluarga kurang berkemampuan bagi membuat persediaan menjelang sesi persekolahan baharu tahun 2026.

Pengerusi Eksekutif TIC, Tina Tajuddin berkata, program berkenaan bukan sahaja memfokuskan kepada bantuan fizikal, malah turut menekankan aspek kesedaran tentang kepentingan pendidikan serta pengukuhan penglibatan komuniti dalam pembangunan sosial yang mampan.

Back to School for Asnaf Perak pelajar asnaf Perak, bantuan persekolahan asnaf, program wakaf pendidikan Perak, Taj International College, Wakaf Ilmu 2026, bantuan pelajar asnaf
Pengerusi Eksekutif Kolej Antarabangsa Taj (TIC), Tina Tajuddin ketika sidang media berkenaan penganjuran program TIC Prihatin dan Rangkaian Pendidikan Komuniti 2026 yang berlangsung pada 3 Januari di TIC, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2025.

“Antara bantuan yang disalurkan termasuk pakaian seragam sekolah, beg, kasut, alat tulis serta keperluan asas pendidikan.

“Di samping itu turut diadakan pelaksanaan Wakaf Pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi menyokong pembelajaran Al-Quran dan Fardu Ain secara berterusan.

“Program ini turut mendapat sokongan dan tajaan daripada pelbagai pihak bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar asnaf sekolah rendah dan menengah,” katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Back to School for Asnaf Perak pelajar asnaf Perak, bantuan persekolahan asnaf, program wakaf pendidikan Perak, Taj International College, Wakaf Ilmu 2026, bantuan pelajar asnaf
Poster program Kolej Antarabangsa Taj (TIC) Prihatin dan Rangkaian Pendidikan Komuniti 2026 yang bakal berlangsung pada 3 Januari di TIC, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2025.

Menurut beliau, penganjuran program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan rakan strategik termasuk Pertubuhan Kasih Kita Negeri Perak serta Canggih Sutera Sdn Bhd.

Kata beliau, terdapat beberapa penyerahan yang berlangsung pada program tersebut iaitu penyerahan Kit Kelengkapan Persekolahan kepada keluarga asnaf dan anak yatim, serta serahan bakul makanan kepada pelajar-pelajar yang mendaftar di bawah Program TIC Prihatin.

Tambah Tina, program yang dijadualkan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sokongan seperti bengkel keibubapaan, motivasi, pertandingan mewarna, jualan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan bayi comel dan sebagainya.

Back to School for Asnaf Perak pelajar asnaf Perak, bantuan persekolahan asnaf, program wakaf pendidikan Perak, Taj International College, Wakaf Ilmu 2026, bantuan pelajar asnaf
Pengerusi Eksekutif Kolej Antarabangsa Taj (TIC), Tina Tajuddin (tengah) ketika sidang media berkenaan penganjuran program TIC Prihatin dan Rangkaian Pendidikan Komuniti 2026 yang berlangsung pada 3 Januari di TIC, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2025.

“Kita berharap agar pelaksanaan program ini dapat memperkukuhkan budaya wakaf dan amalan kebajikan pendidikan dalam kalangan masyarakat.

“Ia seterusnya mewujudkan jaringan sokongan yang mampan antara institusi pendidikan, komuniti, usahawan dan para penyumbang.

“Diharapkan segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan dalam menjayakan Program Back to School for Asnaf ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT serta menjadi amal jariah yang berpanjangan,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

TIC meterai MoU bersama tujuh rakan strategik, universiti

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI