Wanita warga emas ditemukan lemas di Taman Tasik Taiping

TAIPING – Seorang wanita warga emas ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh di Taman Tasik Taiping, di sini pada Selasa.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 9.01 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping digerakkan ke lokasi bagi mengeluarkan mayat mangsa.

“Setibanya di lokasi kita mendapati seorang wanita warga emas berusia 73 tahun dalam keadaan terapung di permukaan air berhampiran dengan tebing tasik.

“Ketua operasi bertindak melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengarahkan anggota membuat kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan tali sehingga mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 9.55 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penunggang lemas, pembonceng parah, motosikal terbabas masuk parit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI