Lelaki meninggal dunia dalam rumah terkunci

IPOH – Seorang lelaki berusia 40 tahun ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah berkunci di Taman Lapangan Ria, dekat sini, malam Rabu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan polis bagi khidmat membuka pintu di tempat kejadian pada jam 9.16 malam.

Katanya, sejurus selepas itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati pintu rumah telah dibuka oleh orang awam dengan kebenaran pihak polis.

“Pasukan bomba kemudian membuat pemantauan punca bahaya kebakaran di lokasi sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Shazlean berkata, operasi terkawal pada jam 9.25 malam dan ia tamat sepenuhnya pada jam 10.05 malam.

Operasi diketuai Pegawai Bomba (PB) Alif Najmi Mohd Arshad itu dibantu dua anggota bomba. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Wanita warga emas ditemukan maut terkunci dalam rumah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI