RM150,000 bantu penjaja, pekebun, penternak di Tapah – Saravanan

TAPAH – Sebanyak RM150,000 diperuntukkan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri Dr M Saravanan kepada 48 penerima terdiri daripada penjaja, pekebun, penternak, wakil surau, JPKK, PIBG sekolah, kuil dan tokong.

Menurut beliau sumbangan berkenaan merupakan usaha berterusan yang dilaksanakan beliau dalam membantu masyarakat di parlimen tersebut bagi menjana pendapatan dan ekonomi.

Beliau berkata, selain mengutamakan pendidikan memandangkan peluang pekerjaan yang terhad pihaknya turut memberi tumpuan kepada golongan tercicir.

“Golongan tercicir ini kita bantu dalam perniagaan secara kecil-kecilan di mana kita beri bantuan dari segi peralatan untuk memudahkan urus niaga mereka dan menambah pendapatan.

“Hampir setiap dua bulan kita akan lihat peniagha-peniaga kecil di Parlimen Tapah yang memerlukan bantuan dari segi kerusi, meja dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr M Saravanan pada sidang media majlis penyampaian sumbangan peralatan kepada penjaja, pekebun, penternak, wakil surau, JPKK, PIBG sekolah, kuil dan tokong di Bangunan MIC Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF 10 JANUARI 2026.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyampaikan sumbangan peralatan kepada penjaja, pekebun, penternak, wakil surau, JPKK, PIBG sekolah, kuil dan tokong di Bangunan MIC Tapah, di sini, pada Sabtu.

Pada majlis berkenaan, Saravanan menyampaikan sumbangan berupa kanopi kepada 20 penerima, mesing pemotong rantai (8), mesin pengisar rumput (7) dan mesin rumput sandang (13).

Katanya, usaha yang dilakukan itu amat membantu golongan terlibat terutamanya semasa keadaan ekonomi tidak menentu ataupun perniagaan mereka mengalami kekurangan pelanggan.

“Walaupun dalam kegawatan ekonomi atau ekonomi lembab salah satu cara kita mengatasinya adalah mengurangkan beban peniaga dengan memberi peralatan,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI