TAPAH – Keputusan sama ada MIC akan keluar atau kekal bersama Barisan Nasional (BN) dijangka dimuktamadkan selepas perayaan Thaipusam awal Februari depan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri M Saravanan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, buat masa ini parti berkenaan sedang sibuk membuat sambutan Thaipusam sebagaimana lazimnya. – MGPerak





