Cadangan wakil rakyat tinggal di kawasan ternakan babi ‘memang padu’ – Nurul Islam

KUALA LUMPUR – Pas secara sinis menyambut baik cadangan Sultan Selangor supaya wakil-wakil rakyat negeri itu tinggal dan menetap bersebelahan kawasan penternakan babi seperti di Kuala Langat serta menempuh sendiri pengalaman sebenar seperti yang dialami oleh penduduk sekitar.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan Pas Selangor, Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff menyifatkan cadangan tersebut ‘memang padu’ supaya wakil-wakil rakyat negeri itu faham denyut nadi rakyat.

“Memang padu beb cadangan Tuanku Sultan ni. Aku setuju MB Selangor dan Exco dia pindah duduk sebulan kat kawasan ladang bab! tu.

“Guna air dari sungai kat sekitar situ. Pagi pagi hirup udara bau tahi bab!. Baru ada akai. Ini masalahnya bila pemimpin negeri terlalu eksklusif dan tak faham denyut nadi rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut mempersoalkan cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memindahkan semua ternakan babi di satu kawasan dengan alasan penternakan haiwan itu boleh dipantau.

“Kat Kuala Langat je ker ada Majlis Daerah dan penguatkuasa untuk pantau? Pastu dia kata kat Kuala Langat tu nanti ladang semua adalah ladang moden yang tertutup dan zero discharge. Semua penternak tu dah setuju ker? Minta maaaflah, kebanyakan penternak individu ni tak akan setuju sebab kos terlalu tinggi,” ujarnya.

Nurul Islam mengingatkan kawasan Tanjung Sepat dan Bukit Tagar di Kuala Langat majoritinya Islam.

Katanya, beliau sukar untuk mempercayai penternakan babi di kawasan yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor itu akan dilaksanakan secara sistem tertutup yang tidak melepaskan sebarang sisa, cecair, atau bahan buangan ke persekitaran luar.

Beliau mengambil contoh kes letupan di Putra Height, selain turut menempelak tentang kewujudan kilang haram yang didakwa bersepah di Selangor masih tidak dapat diselesaikan.

“Sudahlah dengan janji janji manis korang. Satu lagi ladang besar kat Kuala Langat ni dia nak fokus bukan kepada keperluan dalam negara. Tapi termasuk untuk eksport ke luar negara. Eh, penternak punya untung, rakyat Melayu Islam Kuala Langat nak kena bergelumang dengan tahi dan bau bab!?, ” soalnya.

Lantaran itu, Nurul Islam mencadangkan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan semua penguat kuasa pihak berkuasa tempatan menggempur dan menutup ladang ternakan bab! secara haram dan mengikut kaedah tradisional.

Selain itu, tetapkan had maksimum jumlah bab! yang boleh diternak dinegeri Selangor, hanya untuk keperluan negeri selangor dan dalam negara sahaja dan bukan untuk eksport.

“Keluarkan lesen penternakan hanya kepada mereka yang akan buat closed and zero discharge system (pelepasan cecair dan bahan buangan) dan gubal undang-undang ketat untuk kawal selia ladang babi haram dengan mengenakan hukuman penjara kepada pemilik tanah, pemilik syarikat dan kakitangan yang terlibat,” katanya sambil meminta menteri besar tidak takut dengan parti politik tertentu dalam kerajaan negeri itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI