‘Scam’: Peningkatan kes 81 peratus, hampir RM19 juta kerugian di Taiping

TAIPING – Sebanyak 791 kertas siasatan berhubung kes jenayah penipuan atau ‘scam’ dalam talian melibatkan kerugian hampir RM19 juta dalam daerah Taiping sepanjang tahun 2025.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, jumlah itu merekodkan peningkatan 81 peratus berbanding 438 kes dengan jumlah kerugian RM14.27 juta pada tahun sebelumnya.

Katanya, kes membabitkan sindiket penipuan melalui telefon atau phone scam merekodkan peningkatan nilai kerugian iaitu RM5.32 juta untuk tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM4.64 juta.

Kes penipuan meningkat di Taiping kes scam Taiping penipuan dalam talian 2025 phone scam Taiping kerugian kes penipuan Perak sindiket penipuan Malaysia
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail menyiram anak pokok asam gimik perasmian program Hari Bertemu Pelanggan Ketua Polis Daerah Taiping di Balai Polis Pokok Assam, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF 13 JANUARI 2026.

“Bagi tempoh sama, penipuan menerusi modus operandi pelaburan tidak wujud atas talian mencatatkan kerugian RM5.57 juta tahun lalu berbanding RM6.07 juta untuk 2024.

“Selain itu, daerah ini juga mencatatkan jumlah mangsa dengan dengan pecahan 402 orang perempuan dan 389 lelaki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Hari Bertemu Pelanggan Ketua Polis Daerah Taiping di Balai Polis Pokok Assam, dekat sini, pada Selasa.

Kes penipuan meningkat di Taiping kes scam Taiping penipuan dalam talian 2025 phone scam Taiping kerugian kes penipuan Perak sindiket penipuan Malaysia
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail bergambar pada program Hari Bertemu Pelanggan Ketua Polis Daerah Taiping di Balai Polis Pokok Assam, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF 13 JANUARI 2026.

Menurut beliau, berdasarkan data daripada, Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC), sebanyak RM77,726 wang jenayah penipuan dalam talian di Taiping berjaya disekat dengan RM32,740 dikembalikan kepada mangsa.

Pada masa sama Mohamad Nasir meminta agar masyarakat di daerah ini untuk turut sama memainkan peranan dalam menurunkan kadar jenayah penipuan bagi tahun ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail pada sidang media program Hari Bertemu Pelanggan Ketua Polis Daerah Taiping di Balai Polis Pokok Assam, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF 13 JANUARI 2026.

Kata beliau, orang ramai khususnya golongan warga emas diminta untuk tidak mudah terpedaya dan terus menjadi mangsa kepada sindiket ‘scam’ berkenaan.

“Kebanyakan mangsa terpedaya dengan tawaran skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat, selain mudah mempercayai panggilan telefon atau mesej daripada individu tidak dikenali.

“Justeru semua pihak perlu sentiasa berwasapa, tambahan pula ketika ini kita sedang berhadapan dengan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mana sindiket boleh meniru suara sesiapa pun untuk memperdaya mangsa,” ujarnya.

Kes penipuan meningkat di Taiping kes scam Taiping penipuan dalam talian 2025 phone scam Taiping kerugian kes penipuan Perak sindiket penipuan Malaysia
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail bergambar pada program Hari Bertemu Pelanggan Ketua Polis Daerah Taiping di Balai Polis Pokok Assam, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF 13 JANUARI 2026.

Mengulas lanjut Mohamad Nasir, Polis Daerah Taiping akan mempergiatkan program kesedaran secara bersasar kepada golongan warga emas kerana golongan itu sering menjadi sasaran sindiket penipuan.

Ujar beliau, ia turut akan dianjurkan sesi penerangan melalui institusi sekolah agar pelajar atau murid boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah itu dengan lebih berkesan berkesan kepada ahli keluarga yang berusia.

“Golongan warga emas sering menjadi sasaran kerana kebanyakannya mempunyai simpanan hasil pencen dan pelbagai ganjaran perkhidmatan serta bantuan.

“Kita kena jelaskan kepada masyarakat, khususnya warga emas, tentang teknik dan kaedah yang kerap digunakan oleh pihak sindiket. Tanpa kesedaran, jenayah ini sukar dibendung dan akan terus meningkat,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Phone scam: Warga emas lesap lebih RM150,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI