KBGK berhasrat perkukuh integrasi kaum melalui kerjasama NGO

IPOH – Kelab Bakti Gunung Kledang (KBGK) berhasrat memperkukuhkan integrasi kaum melalui penglibatan dan kerjasama strategik bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai latar belakang di Perak.

Presidennya, Ismail Mohamed Yusuff berkata, usaha memperkukuh integrasi kaum dengan menggabungkan NGO Melayu, Cina dan India merupakan misi utama kepimpinannya selepas dimasyhurkan jawatan berkenaan.

Menurut Ismail, penglibatan pelbagai NGO itu akan mewujudkan satu entiti yang kukuh dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan bagi membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

“Misi kami di KBGK ialah mencari rakan strategik sebagai pemangkin kepada pembukaan ruang visi ke hadapan melalui perkongsian kekuatan serta teknologi bagi mencapai matlamat bersatu dan berbakti demi negara.

“Bagi mencapai hasrat itu, KBGK telah menjemput beberapa rakan strategik untuk berkerjasama dalam program kemasyarakatan agar impaknya lebih besar selain liputan kerja kebajikan yang lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pemasyhuran Presiden Kelab Bakti Gunung Kledang (KBGK) 2026 di Hotel Casuarina@Meru, di sini, pada Ahad malam.

Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) baru, Ismail Mohamad Yusoff berucap pada Majlis Pemasyhuran Presiden KBGK 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2026.

Turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Ismail berkata, selain itu pihaknya juga turut memberi menangani krisis kemasyarakatan dalam pendidikan, dengan mewujudkan program kolaborasi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Katanya, antaranya adalah dengan mengambil Sekolah Kebangsaan (SK) Iskandar Perdana di Bandar Baru Seri Iskandar sebagai Sekolah angkat KBGK.

“KBGK akan terus memberikan pelajar platform pendedahan seperti apa yang telah disajikan pada program malam ini.

“KBGK percaya bahawa pendedahan kepada pelbagai seni warisan budaya dan bangsa akan membentuk pelajar yang beradab, berjati diri kukuh serta memiliki nilai murni dalam menghargai negara dan bangsa sejak di peringkat sekolah rendah lagi,” katanya. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI