Tahun satu enam tahun: Kerajaan perlu lihat ketersedian pelajar – Exco

PARIT – Kerajaan perlu melihat ketersediaan pelajar susulan pengumuman kemasukan pendidikan awal kanak-kanak menerusi prasekolah bermula usia lima tahun dan darjah satu pada usia enam tahun mulai 2027.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, pihaknya percaya kajian mengenai perkara berkenaan telah dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terlebih dahulu.

“Perdana Menteri telah mengumumkan perkara ini semasa peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 dan sudah pasti KPM telah membuat kajian supaya dipendekkan umur tahun satu jadi enam tahun dan prasekolah bermula lima tahun.

“Mungkin kajian telah dibuat tetapi dari segi persediaan pelajar itu juga perlu dilihat dan saya cukup yakin apabila pengumuman itu dibuat mestilah ada tindakan susulan dan kaedah-kaedah supaya pelajar ini cukup bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke sesi penyerahan Rumah Perakku Prihatin Yayasan Perak (RPPYP) di Kampung Selat, Layang-Layang Kiri, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Khairudin berkata, pihaknya melihat pelaksanaan berkenaan bertepatan dengan peribahasa ‘meluntur buluh biarlah dari rebungnya’ ekoran anak-anak diberi pendidikan lebih awal.

Jelas beliau, penurunan umur untuk kemasukan prasekolah dan tahun satu juga dilihat dapat membantu kerajaan terutamanya KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) merancang proses pembelajaran denga lebih baik.

“Tambahan pula saya difahamkan KPM akan mengguba dasar kurikulum baharu bermula 2027. Jadi tidak ada isu berkaitan perkara ini.

“Sudah pasti apabila dasar pendidikan bermula 2027 elemen umur pelajar terbabit telah diambil kira dan tahap kesediaan pelajar itu menerima input-input ataupun kemahiran-kemahiran pembelajaran itu telah pun diambil kira semasa pembentangan itu,” katanya.

Terdahulu media melaporkan kemasukan pendidikan awal kanak-kanak menerusi prasekolah akan bermula pada usia lima tahun manakala kemasukan ke darjah satu pula ditetapkan pada usia enam tahun mulai 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ibu bapa boleh mendaftar anak-anak secara sukarela ke tahun satu seawal usia enam tahun secara sukarela bermula tahun hadapan. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI