Karnival Usahawan Veteran ATM bantu pesara, jana pendapatan persatuan

IPOH – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV ATM) Perak, mengambil inisiatif membantu golongan usahawan terdiri daripada pesara tentera menjana pendapatan serta mengembangkan perniagaan mereka.

Usaha berkenaan dilaksanakan melalui penganjuran Karnival Keusahawanan Veteran ATM MADANI Negeri Perak 2026 yang bakal berlangsung 23 hingga 25 Januari ini bertempat di Arena Square Batu Gajah.

Timbalan Yang Dipertua PV ATM Perak, Lt. Kol. Robia’ai Muhammad (B) berkata, karnival berkenaan pertama kali dianjurkan PV ATM Perak dalam membantu usahawan disamping menjana pendapatan persatuan.

“Program ini pertama kali dianjurkan untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan veteran ATM Perak yang berniaga secara kecil dan besar-besaran untuk sama-sama berniaga di satu tempat. Kita gabungkan semua usahawan ni untuk mempromosi serta menjual produk mereka.

“Sebanyak 100 booth (reruai) disediakan untuk karnival yang berlangsung selama tiga hari ini dengan 80 peratus booth merupakan usahawan veteran ATM Perak dan bakinya orang awam,” katanya ketika ditemui di sini.

Timbalan Yang Dipertua PV ATM Perak, Lt. Kol. Robia’ai Muhammad (B) menunjukkan risalah penganjuran Karnival Keusahawanan Veteran ATM MADANI Negeri Perak 2026 yang bakal berlangsung 23 hingga 25 Januari ini bertempat di Arena Square Batu Gajah di Silibin, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF.

Menurut Robia’ai pihaknya menyasarkan kehadiran 1,000 pengunjung ke Karnival Keusahawanan Veteran ATM MADANI Negeri Perak 2026 yang berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 10 malam.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik juga disediakan termasuklah reruai tayangan video Pahlawanku yang memaparkan jasa serta pertempuran veteran-veteran dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

“Saya berharap karnival ini bukan sahaja membantu menjana pendapatan untuk persatuan yang membantu golongan veteran ATM tetapi juga membuka mata masyarakat mengenai sumbangan veteran kepada tanah air ini.

“InsyaAllah sekiranya karnival ini berjaya kita akan laksanakan dia dibeberapa daerah lain dalam Perak seperti Manjung dan Pengkalan Hulu,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI