Kee Ming sasar RM25 juta menerusi tawaran IPO Pasaran ACE

IPOH – Syarikat penyedia penyelesaian kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E), Kumpulan Kee Ming Berhad (Kee Ming) menyasarkan mengumpul RM25.32 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga 38 sen sesaham.

Pengarah Urusan Kee Ming, Liew Kar Hoe berkata, penyenaraian IPO itu dijadualkan pada 12 Februari dengan permohonan akan ditutup pada 27 Januari.

Katanya, selepas disenaraikan syarikat dijangka akan memperoleh permodalan pasaran sebanyak RM123.50 juta dan modal saham terbitan yang diperbesar sebanyak 325 juta saham.

IPO Kee Ming Pasaran ACE Kee Ming Berhad IPO IPO Pasaran ACE Bursa Malaysia tawaran awam permulaan Kee Ming syarikat kejuruteraan M&E penyenaraian Pasaran ACE IPO syarikat Perak
Pengarah Urusan Kee Ming Group Berhad, Ir. Liew Kar Hoe menjawab pertanyaan media pada Majlis Pelancaran Prospektus Kee Ming Group Berhad di AC Hotel by Marriot, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 JANUARI 2026.

“IPO ini akan memperkukuh keupayaan operasi syarikat untuk membolehkan kami melaksanakan projek yang lebih besar dan lebih kompleks merentasi pelbagai segmen.

“Ia merangkumi perindustrian, komersial, kediaman, berkaitan tenaga bersih serta lain-lain yang kebanyakannya terdiri daripada infrastruktur awam dan kemudahan sambungan.

“Ini juga memperkukuh komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian kejuruteraan yang selamat, andal dan berkualiti tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Prospektus Kumpulan Kee Ming Berhad di Hotel AC Hotel by Marriot, dekat sini, pada Rabu.

IPO Kee Ming Pasaran ACE Kee Ming Berhad IPO IPO Pasaran ACE Bursa Malaysia tawaran awam permulaan Kee Ming syarikat kejuruteraan M&E penyenaraian Pasaran ACE IPO syarikat Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua, kiri) bersama Menteri Sains, Teknologi dan lnovasi, Chang Lih Kang (dua, kanan) ketika gimik pelancaran buku Prospektus Kee Ming Group Berhad di AC Hotel by Marriot, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 JANUARI 2026.

Majlis yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad itu turut dihadiri antaranya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; serta Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Kee Ming, Tengku Faizwa Tengku Razif.

Menurut Kar Hoe, melalui penerbitan saham baharu, hasil IPOH akan diperuntukkan sebanyak RM13 juta bagi modal kerja projek untuk projek masa hadapan; bon prestasi (RM4 juta); dan pengembangan pasukan projek (RM1.72).

Kata beliau lagi, sebanyak RM1 juta akan diperuntukan bagi pembelian sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP), modal kerja am (RM600,000) serta yuran dan perbelanjaan berkaitan pelaksanaan IPO (RM5 juta).

Mengulas lanjut Kar Hoe berkata, syarikatnya yang telah beroperasi selama 13 tahun dalam industri kejuruteraan M&E itu akan memberi penumpuan kepada tiga sektor perniagaan pada tahun ini.

Jelas beliau, ia akan melibatkan saling hubungan tenaga boleh baharu, pusat data, reka bentuk industri M&E selain melebarkan sayap perniagaan ke Sarawak selepas sudah bertapak di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

“Kami juga menyediakan perkhidmatan kejuruteraan M&E untuk infrastruktur tenaga bersih, termasuk pemasangan fotovoltaik solar (PV) dan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan.

“Sebagai syarikat yang bermula di Ipoh, kami mahu mengekalkan bakat tempatan dan menyediakan platform jangka panjang untuk mereka berkembang bersama syarikat.

“Justeru, melalui penyenaraian awam ini, ia membolehkan kami melakukan perkara itu dengan lebih berkesan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Peneroka terima keuntungan hasil pengambilalihan FGV oleh Felda

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI