Penantian lebih dua dekad berakhir, bekas pekerja ladang dapat tanah

SUNGAI SIPUT – Penantian lebih dua dekad berakhir apabila seramai 34 bekas pekerja ladang menerima hak milik tanah menerusi Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Wilayah Batu 1, Mukim Sungai Siput, Daerah Kuala Kangsar, pada Selasa.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, kesemua penerima terdiri daripada bekas pekerja Ladang Kamiri dan Ladang Changkat Salak yang terpaksa meninggalkan estet berkenaan selepas berlaku peralihan tanaman daripada getah kepada kelapa sawit.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal sebelum kerajaan negeri bersetuju menyediakan tanah seluas 36.6593 hektar (98.26 ekar) untuk dijadikan RPT Wilayah Batu 1.

“Isu ini telah berlarutan selama lebih 20 tahun. Sebelum ini, kesemua 34 penerima adalah bekas pekerja ladang getah.

“Mereka (bekas pekerja ladang) diminta untuk keluar daripada estet sebab estet itu daripada tanaman getah tukar kepada kelapa sawit.

Penantian lebih dua dekad berakhir, bekas pekerja ladang dapat tanah
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan (empat, kiri) menyerahkan geran kepada penerima pada Majlis Penyampaian Bagi Hakmilik RPT Batu 1, Mukim Sungai Siput, Daerah Kuala Kangsar di Arena Pavilion Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput (U), pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 JANUARI 2026.

“Bagaimanapun, isu berkenaan mula dibawa ke Jawatankuasa Pemilih Tanah Daerah pada 25 Ogos 2005 sebelum mendapat kelulusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 22 Julai 2009.

“Hari ini mereka dapat hak milik untuk tanah mereka dan isu RPT di Sungai Siput telah selesai,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hak Milik RPT Wilayah Batu 1, Mukim Sungai Siput, Daerah Kuala Kangsar di Arena Pavilion Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput (U), pada Selasa.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jalong, Loh Sze Yee.

Mengulas persoalan mengapa penyelesaian mengambil masa yang lama, beliau menegaskan bahawa proses tersebut melibatkan ulasan jabatan dan penangguhan pentadbiran.

Dalam pada itu, Sivanesan memaklumkan, kerajaan negeri berjawa menyelesaikan hampir 500 kes berkaitan penempatan masyarakat India di tanah kerajaan sejak November 2022.

Penantian lebih dua dekad berakhir, bekas pekerja ladang dapat tanah
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan (empat, kiri) menyerahkan geran kepada penerima pada Majlis Penyampaian Bagi Hakmilik RPT Batu 1, Mukim Sungai Siput, Daerah Kuala Kangsar di Arena Pavilion Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput (U), pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 JANUARI 2026.

“Dari November 2022 sehingga sekarang, kita dapat selesaikan hampir 500 kes seperti ini di negeri Perak.

“Ini termasuk Bemban, Sungkai dan Kuala Bikam serta beberapa tempat di negeri Perak yang terus dibawa ke perhatian saya telah berjaya diselesaikan,“ jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan kerajaan negeri telah membuat ketetapan untuk menggantung sementara semua RPT di Perak dan akan mengumumkan semula pembukaannya dalam tempoh terdekat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Geran tanah nilai tinggi, simpan untuk warisan anak cucu – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI