Pekerja kebun warga Myanmar maut ditikam parang

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui maut, dipercayai ditikam dengan sebilah parang, dalam kejadian di sebuah rumah kebun berhampiran kolam ikan di Kampung Kelawar di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu oleh majikan mangsa sekitar jam 11 pagi.

Menurutnya, kejadian itu disedari majikan mangsa sewaktu membuat lawatan ke kawasan kebun tersebut dan mendapati pintu rumah dalam keadaan terbuka sebelum menemui lelaki berusia 25 tahun itu terbaring di bahagian dapur.

Tambahnya, lokasi kejadian dianggarkan kira-kira 1.5 kilometer dari jalan utama.

”Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah, dipercayai akibat ditikam menggunakan sebilah parang di bahagian perut serta kesan kelar pada leher.

“Mangsa ditemui berlumuran darah dan masih berpakaian lengkap,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat tersebut, polis telah menahan dua lelaki warga Myanmar berumur 39 tahun bagi membantu siasatan dan permohonan reman akan dibuat untuk tujuan siasatan lanjut.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, Asisten Superintenden Mutazlim Hamdan di talian 011-10912754 atau IPD Muallim di talian 05-4528222. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki ditemui maut dengan kesan kelar dalam kereta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI