Kadar zakat fitrah di Perak RM10, RM16 dan RM25

IPOH – Kadar zakat fitrah di Negeri Perak pada tahun bagi tahun ini ditetapkan pada RM10, RM16, dan RM25 setiap seorang mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, penetapan kadar itu dibuat berdasarkan harga dan jenis beras di pasaran yang dimakan majoriti orang Islam di negeri ini pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg).

Ujarnya, ia juga selaras dengan ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang telah diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

kadar zakat fitrah perak 2026 • zakat fitrah perak 1447h • kadar zakat fitrah perak rm10 rm16 rm25 • bayaran zakat fitrah perak • pengumuman zakat fitrah perak
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika Sidang Media Pengumuman Zakat Fitrah Negeri Perak Tahun 2026 di Bangunan Zakat Perak Al Ridzuan, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 FEBRUARI 2026.

Kata beliau, kadar zakat fitrah sebanyak RM10 diwajibkan kepada individu yang menggunakan beras putih import dan beras super spesial tempatan.

“Di samping itu bagi kadar zakat fitrah pilihan RM16 bagi mereka yang menggunakan beras perang, beras rebus, herba ponni dan beras wangi atau seumpamanya.

“Kadar pilihan kedua pula ialah mereka yang menggunakan beras basmathi, beras Jepun atau calrose, beras, pulut, beras merah, atau seumpamanya adalah pada kadar RM25,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Perak 1447H / 2026M di Ibu Pejabat Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR), di sini, pada Selasa.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Syamsul Hazeman Md Salleh dan Pengurus Besar ZAPAR, Ahmad Nazim Md Tajuri.

kadar zakat fitrah perak 2026 • zakat fitrah perak 1447h • kadar zakat fitrah perak rm10 rm16 rm25 • bayaran zakat fitrah perak • pengumuman zakat fitrah perak
Eksekutif Bahagian Pendigitalan Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR), Nurin Batrisyia Quris Pri, 24, menunjukkan kadar zakat terkini pada Sidang Media Pengumuman Zakat Fitrah Negeri Perak Tahun 2026 di Bangunan ZAPAR, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 FEBRUARI 2026.

Ketika diminta mengulas berkenaan penurunan kadar zakat fitrah bagi pilihan ketiga iaitu RM25 berbanding RM27 pada tahun lalu Zamri memaklumkan, penetapan itu dibuat berdasarkan realiti harga beras pasaran yang digunakan oleh orang Islam di Perak.

Jelas beliau, ketetapan itu juga berdasarkan kepada perbandingan daripada data oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Unit Kawal Selia Beras serta kajian lapangan di pusat-pusat perniagaan yang menjual beras.

“Kadar zakat fitrah RM10 adalah kadar minimum, dan sesiapa sahaja yang membayar RM10 telah menunaikan kewajipan zakat fitrah mereka tanpa mengira jenis beras yang dimakan.

“Kadar-kadar seterusnya adalah kadar pilihan dan kebanyakan umat Islam di Perak cenderung membayar berdasarkan jenis beras yang mereka makan. Bayaran itu lebih afdal, namun bayaran RM10 tetap sah.

“Namun sekiranya jika seseorang ingin membayar lebih, ia adalah lebih baik kerana manfaatnya akan kembali kepada golongan fakir dan miskin,” jelasnya.

Pengurus Besar Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR), Ahmad Nazim Md Tajuri ketika Sidang Media Pengumuman Zakat Fitrah Negeri Perak Tahun 2026 di Bangunan ZAPAR, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 FEBRUARI 2026.

Sementara itu, Ahmad Nazim berkata, MAIPk melalui ZAPAR telah melantik seramai 1,735 penolong amil fitrah bagi melancarkan proses kutipan zakat fitrah pada tahun ini.

Kata beliau, bilangan penolong amil fitrah yang dilantik itu berkurangan berbanding 1,900 orang pada tahun lalu susulan pelaksanaan proses pendigitalan yang dilaksanakan MAIPk.

“Pada tahun lepas data merekodkan sebanyak RM15.2 juta zakat fitrah yang dikutip, dengan separuh daripada jumlah bayaran diterima adalah melalui kaedah dalam talian.

“Kita masih mengekalkan kaedah bayaran menggunakan kupon fitrah tetapi dalam kuantiti yang terhad.

“Dengan penambahbaikan yang dibuat, kita yakin kaedah pembayaran secara dalam talian ini akan menjadi pilihan utama masyarakat Islam di negeri Perak,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan RM18.4 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI